Monday, 1 October 2012

Salam dari Kemboja---Intai-Intai Peluang Bisnes

PERTAMA kali jejak kaki di bumi Kemboja, ingin juga nak kongsi pengalaman dengan kawan-kawan. Datang menghadiri conferen tujuan utama, lepas tu berjalan-jalan ler pulok. Lima hari di sini. Hari ni dah masuk hari ke empat di sini, esok petang terbang pulang.
Hari Pertama, Selepas Konferen, cepat2 ambil tut-tut (motor) merayau2 di Bandar Phnom Penh….Naik tut-tut kecut perut pun ada…seronok pun ada. Memang saja naik tut-tut sebab nak rasa cilok-mencilok driver di jalanraya yang penuh motosikal tapi tak banyok lampu isyarat…Hebat sungguh drebar sini berbanding naik tut-tut di Bandung dan Chiang Mai..Tambang? haha semua dalam US Dollar....Tempat tujuan utama adalah Centre Market dan Russian Market. Dua2 tempat ni menjadi lokasi wajib bagi pemborong dan pelancong dari Malaysia untuk berborong khususnya pakaian dan kain. Pelbagai produk kain baju semua ada. yang boleh anda cari dengan harga borong, antaranya ‘Outdoor Gears’ beg rekreasi luar berjenama ‘deuter’ dan ‘the northface’ memang murah Cuma kualitinya tak sama dengan keluaran original dari Europe. Tak lepas peluang kawe pun beli juga dua.
Hok paling menarik pusing2 dalam Russian Market tu jumpa kedai ‘sparepart motor’ semua jenis motor ada. Terkejut kawe tengok sparepart tergantung2 serupa jual ikan di pasar. Yang banyak semua sparepart motor Honda 50 dan 70….terfikir ini peluang business yang bagus bagi pengemar motor Honda2 lama di Kelate. Sempat juga rasa ‘the best coffee in Phnom Penh’ di dalam pasar nih…pehhhh memang sedap.
Pusing-pusing di Russian Market tu jumpa pula dengan kedai2 jahit baju dan seluar. Bila ditanya kos siap jahit baju kemeja (kain pilih jenis ikut suka) USD11, kira2 dlm RM40. Murah!!! Kawepun tempah juga 5 helai, esok datang ambil. Seluar dalam USD15 (RM 50), kain jenis Cashmere…murah sangat, tempah juga 3 helai. So, lepas nih tak mustahil…datang Jumaat balik Ahad (angan2 ler tu..hehe). Tanya punya Tanya tukang jahit tu katanya….ramai ore Malaysia datang sini tempah banyak2, baju, seluar, baju melayu dan lain2 bawa balik jual di Malaysia…..baru kawe tahu.
Sempat juga kawe mengunjungi sebuah penempatan Islam di Cambodia iaitu Kampung Batu 9 yang menjalankan bisnes menjahit baju kurung malah anda boleh menempah baju kurung secara borong di sini. Mereka juga menjahit manik di baju kurung yang upahnya murah dan kualitinya juga baik…Sehelai baru USD50 (RM150), harga di KL dalam RM300-RM400. Juga katanya seminggu sekali dia hantar pakaian tu ke Kelang dan KL.
On the way balik dari Kampung Batu 9, drebar tut-tut singgah di kedai 'Bundle'. Lagi sekali terkejut tengok kedai bundle sini...satu kedai kat sini sama macam semua kedai bundle di Wakah Che Yeh. Pusing2 tengok, jumpa perbagai kasut berjenama, comey2 jauh berbanding di wakaf Che Yeh. Beli juga kasut 'Polo' (USD20) dan Salvatore Feragamo (jenama top dari Italy) (USD15)...Mintok kurang tak kasi sebab katanya kasut tu secondhand tapi tak pakai..hehe. Juga borak2 dengan tuan kedai tu katanya kat sini juga toko bundle nih juga ore Malaysia datang beli...Tapi katanya di Saigon (Ho Chi Ming) lagi banyak kedai bundle....
Pendekan cerito….5 hari di sini memang berbaloi ler. Kepada saing2 yang berminat boleh buat rombongan kalu berminat untuk berkunjung ke Phnom Penh nih. Kalu nak suruh kawe jagi tour guidepun boleh. Ada dah contact tut-tut dan kedai2 sini kalu nak mari lain kali. Ingat, kawe nak mari lagi, nak explore ke perkampungan islam ‘Kampung Cham’ dalam 5 jam naik bas dari Phnom Penh. Esok drebar tut-tut (baru jumpa petang tadi tetapi fasih berbahasa Melayu) mari ambil di hotel jam 7 pagi nak gi melawat kampung proprat di tepi sungai Mekong, juga perkampungan Islam kaum Champa…katanya ramai yang fasih berbahasa melayu. Tu yang kawe nak gi melawat. Mungkin ore2 pengkalan Cempa berasal dari kampung nih…hehehe. Nanti balik kawe upload gambar2 untuk berkongsi pengalaman..sekian. terima kasih.

Thursday, 20 September 2012

x dok tajuk

Salam saing sobat sekalian...

Sebenar nya x dok gapo hok nok tulis, tp bila tgk lamo blog ni x dok post baru..sero nok nulih sikit, tp x tau nok tulih pasal gapo. X kisah la deh...at least ada jugok post baru wpun x dok tujuan. Sibuk blakow bokali saing2 trip ni..keje tu keje jugok, tp tiang agama tu ingat jugok ( peringat ko diri sendiri sebenarnya ).

Pasal hok nok tubuh persatuan tu, kalu ada masa la..molek jugok kalu puok2 kito blh minum sekali time balik ramai2 musim raya haji ni. tp kena set time molek. X perlu la kita buat official supo majlis hari raya baru2 ni..cukup la sekadar tubik2 minum tea, ko guano? agok2 boleh ko? kalu hok x leh balik tu  x dok aroh la..nok ucap selamat hari raya pun..sero lambat lagi. Ko ada puok2 kito hok g buat haji trip ni, kalu ada pakat2 royak la etek.


Friday, 7 September 2012

Undang - undang tubuh revise

salam saing sobat semua...


Undang - undang tubuh revised : 

FASAL 4 TUJUAN/MATLAMAT

Tujuan pertubuhan ini ialah untuk:

(1) mengeratkan hubungan baik di kalangan ahli yang terjalin sejak di bangku sekolah.

(2) menjaga kebajikan ahli dan keluarga ahli 

(3) Keluarga ahli bermaksud:

a. Isteri ahli
b. Anak ahli termasuk anak angkat yg di bawah jagaan ahli secara sah
c. Ibu bapa ahli

(4) menjalankan aktiviti-aktiviti seperti perjumpaan tidak formal, jamuan dan lain-lain bagi menyokong Fasal 4 (1) di atas.

(5) Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan harta dan dana kewangan bagi faedah persatuan, ahli dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan ( A ) Falahiah.

FASAL 6 BAYARAN YURAN AHLI DAN YURAN BULANAN

(1) Bayaran masuk yang perlu dijelaskan adalah RM 10.00 (Ringgit
Malaysia: Sepuluh sahaja)

(2) Bayaran yuran tahunan yang perlu dijelaskan adalah RM 50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh sahaja).

(3) Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

FASAL 15 PENASIHAT/PENAUNG DAN AHLI KEHORMAT

(1) Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang-orang yang dilantik itu merupakan guru atau bekas guru Sekolah Menengah Kebangsaan ( A ) Falahiah dan menyatakan persetujuannya secara bertulis.

(2) Jawatankuasa juga boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Ahli Kehormat bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang-orang yang dilantik itu merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan ( A ) Falahiah dan menyatakan persetujuannya secara bertulis.

Tebas Rook Buat Jale....

Salam gu2...
lepah ngorik sakni baru beraso nok nulis dale blog..sapa pg takdi, sekolah pulok sibuk nk kemas kini fail unit sukan dgn unit hem, pahtu dok bukus soale geografi budak form 5 tgh perikso percubaan. Kelik sekoloh seput2 dgn nok gi semaye jumaat, lepah jumaat sekoloh anak buat program restu nok perikeso upsr...pkl 5.30 ptg baru buleh sengge semeta...

Kito keno terima kasih byk kpd media baru, kerana menemukan kembali puok2 kita yg bertaburan di muka bumi malaya. Media baru juga telah byk memprogreskan hasrat penubuhan persatuan kita. Kebetule kawe balik ata bare kb semale, dela singgah jupo cha, pok ya, khalid dan liad. Walaupun 5 org hok ado depe mato, tp rasa mace set2 kl, jedi, farhan ada sekali, paka gapo...zello..ko gapo. kami bice di kb, piye aje, farihi, najmi follow dale fb, seli mat ley respond dale blog...dan kawe tgk drp fb, serta pageview blog....majoriti saing sobat kita mengikuti perkembangan penubuhan persatuan kita....

Kita amat memahami setiap dari kita punya comitmen terhadap rumahtangga, keluarga, kerjaya, masyarakat, agama, bangsa dan negara. Namun media baru sekali lagi harus diberi kredit kerana melaluinya sasaran untuk mengumpul perbincangan, pandangan, serta cadangan berkenaan undang2 tubuh persatuan berjalan lancar walaupun kita berjauhan dan punya comitmen2 tersendiri. Atas pertimbangan tersebut adalah dicadangkan kita buat frame masa sasaran kerja kita seperti mana yang kami bincangkan di kb 

1. Segala perbincangan mengenai undang2 tubuh, peraturan, matlamat dan objektif, keahlian, yuran, pertikaian, logo, dan etc akn diberi tempoh 3 bulan dan mengikut apa yg SU kita tulis dateline dlm fb ialah 1 disember 2012

2. Selepas dari tarikh tersebut dikira semua ahli berpuashati dan apa2 perkara yang belum dimuktamatkan perbincangannya, maka protem yang akan membuat keputusan dan ianya dikira muktamad.

3. Selepas 15 disember 2012 hingga januari 15 januari 2013 ialah tempoh masa protem perlu mengadakan mesyuarat penaja yang mana minit mesyuarat tersebut akan dihantar kepada ROS untuk tujuan pendaftaran (DR seli kato dio nok sponsor buat mesyuarat kat hotel di palma shah alam...hehehehe siap taja penginapan ko protem 3 hari 2 malam...hurey....)

4. Mengenai teguran najmi tentang database untuk mengenal kekuatan dan kelebihan ahli, cha telah buat tu..buleh register dah...kalu rasa maklumat x secure..isi jah mana2 maklumat yang dirasakan patut..mat ley dan dr sedang usaha utk data base yang lebih secure.

5. Mengenai teguran najmi dan seli supaya keahlian lebih luas. cha kata kita buleh buat melalui keahlian kehormat

6. respon pandangan saupee belum dapat dibincangkan, fasal pembubaran wajar kita perhalusi, dan bagi kawe kawe setuju kalau kita serahkan kepada baitulmal.(rujuk komen pian dalam fb), namun kawe tertarik kepada pandangan kontra  terhadap cadangan penubuhan persatuan....kalau kawan2 ada pandangan kontra juga patut disuarakan sebanyak mungkin, Kita buat semua pertimbangan dan kalau pada masa tersebut setelah kita teliti dengan sewaras-warasnya, kita dapati persatuan berdaftar adalah tidak praktikal dengan keperluan dan kehendak saing sobat semua, KITA TIDAK AKAN BUAT. pada kawe kalau persatuan akan menyebabkan mudarat kepada persahabatan yang telah sekian lama kita bina, kawe orang pertama yang akan menjadi penghalang kepada penubuhan persatuan tersebut. Nilai persahabatan kita semua adalah segala2nya tiada tukar ganti dengan benda lain. Oleh yang demikian, jika ada terbuku dihati sahabat sudut pandangan kontra, dan sahabat tidak tergamak suarakan kerana nampak seolah ramai yang i follow, kawe sokong....kemukakan, saya meraikan segala pandangan sahabat...Namun setakat ini saya penuh yakin dan percaya persatuan yang ingin kita bina ini bertujuan merapatkan kembali silaturrahim ke arah yang lebih bermakna

7. Mengenai rujukan-rujukan persatuan alumni yang telah berjaya yang disarankan oleh dr seli, male kemarin kita sempat melihat bagaimana alumni sek. sains muar johor (www.samura.org.my). alangkah beruntung dan bertuah kalau kita semua berjaya sampai ke tahap tersebut. Sebagai langkah pertama kita ambil klausa matlamat alumni samura dan kita letakkan dalam matlamat persatuan kita Lebih kure bunyinya gini.."(5) Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan harta dan dana kewangan bagi faedah persatuan, ahli dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan ( A ) Falahiah. 
Sila bincangkan klausa ini dengan kupasan tersurat dan tersirat.

8. Mengenai yuran ahli, kita bincangkan male kemarin pendaftaran rm10 dan yuran tahunan rm50....masih terbuka kepada perbahasan dan perbincangan

Akhir sekali kalu ada tertinggal atau terkurang cha, pok ya dan laid sila perbetulkan maklumat kawe beri di atas dan semo sekali saing sobat, kalu sepanjang kawe diberi peluang menjadi admin banyak tulisan kawe hok tok berkenan dihati saing sobat royatlah deh...KAWE sangat menghargai nilai sebuah persahabatan dari selain dari itu...Hok kito dok buat start lepah rayo sapa loni kijoaenyo dok Nebah ROOK Buat Jale....pahni de jale luah, mudoh ore nok lalu lale.....sekian

Wednesday, 5 September 2012

PENDAFTARAN AHLI - AHLI SMKAF 87 - 93

Salam...

sambil dok on9 mlm ni, try la dok main benda alah ni...google doc...pah try la buat benda ni...acu pakat try isi borang ni..borang ahli...kalu x comel maaf la..kawe dok berapa reti menatang ni.... pah tu kalu nk tgk list ore2 hok isi doh, klik sini ahli yg telah berdaftar.. 

Bos ley tu...bakpo no tel x tubik kosong ( 0 ) depan....adesss... darak sungguh aku ni... gomo la dulu hok mana bulih...
salam saing sobat semua..

tgk ko result & cara main bola semlm, supo berat jah nak smpi bukit jalil pulok thn ni, tp x po la harap2 bulih..ko puok2 player ni sero STAR doh blakow...tkt jadi starbong jah lepas ni. cuma ambo harap puok2 ni x lupa asal usul masing2...kito dulu x dok gapo satu pung....tp jgn sesekali kita lupa asal usul kito...lagu mana puok2 kito dulu seblm bergelar SOMEBODY dulu g training naik motor jah blakow....loni sore2 bawak keto besor2 g stadium.

Atas dasar kasih syg ko TRW, ambo harap2 la puok2 kito jgn la dok agah, sero bijok dr ore lain sbb ada ore hok lg bijok dr kito. kembalikan semangat kesukanan yg tinggi, semangat kasih syg ko TRW. Kawe g stadium beli tiket weii, minyok keto pah tu minum air habis bola..x mintok sepuluh sen pun ngan puok2 demo, tp ambo g sbb ambo suka, ambo syg, hujan ko dok ko...smpi jugo d stadium kecuali ada keje x leh nok elok terlajok..

Apa pun... semoga TRW berjaya....GKG

*** Moral of the stoy is... x dok moral pung...hahahahaha.... jgn la kita lupa siapa diri kita, sejarah dan masa lampau yg mendewasakan kita...

Tuesday, 4 September 2012

Salam...

sambil dok tunggu nok tgk TRW ajar Kedah cara2 main bola mlm ni..di sini kawe listkan senarai PROTEM ( Jawatankuasa Penaja ) persatuan kito. Nama2 berikut telah dicadangkan :


YDP:Razani Ghazali
TYDP:Hafiz Assad Zakaria
NYDP1:Rusli Yaakob
NYDP2:Mohd Rathi
SU:Opt Prime
Bendahari:Kamarul Shahrin

AJK2 :
1.Jabir Pitih;
2.Azam Che Ahmad;
3.Rozaidie Yaacob;
4.Wan Hussain Che'wae;
5.Nik Azizan Al Farisi;
6.Zack Ylj;
7.Riduan Bin Mamat;
8.Mohd Rozman Othman;
9.Adnan Robert
10.Mohd Azlan Ghazali

Kalu ada sesiapa yg merasa nok dok dlm comitte ni... royak la...kawe masuk terus dlm list ni. Hok molek nya ganti SU tu ngan ore lain ...... wkwkwkwkkw.