Monday, 1 October 2012

Salam dari Kemboja---Intai-Intai Peluang Bisnes

PERTAMA kali jejak kaki di bumi Kemboja, ingin juga nak kongsi pengalaman dengan kawan-kawan. Datang menghadiri conferen tujuan utama, lepas tu berjalan-jalan ler pulok. Lima hari di sini. Hari ni dah masuk hari ke empat di sini, esok petang terbang pulang.
Hari Pertama, Selepas Konferen, cepat2 ambil tut-tut (motor) merayau2 di Bandar Phnom Penh….Naik tut-tut kecut perut pun ada…seronok pun ada. Memang saja naik tut-tut sebab nak rasa cilok-mencilok driver di jalanraya yang penuh motosikal tapi tak banyok lampu isyarat…Hebat sungguh drebar sini berbanding naik tut-tut di Bandung dan Chiang Mai..Tambang? haha semua dalam US Dollar....Tempat tujuan utama adalah Centre Market dan Russian Market. Dua2 tempat ni menjadi lokasi wajib bagi pemborong dan pelancong dari Malaysia untuk berborong khususnya pakaian dan kain. Pelbagai produk kain baju semua ada. yang boleh anda cari dengan harga borong, antaranya ‘Outdoor Gears’ beg rekreasi luar berjenama ‘deuter’ dan ‘the northface’ memang murah Cuma kualitinya tak sama dengan keluaran original dari Europe. Tak lepas peluang kawe pun beli juga dua.
Hok paling menarik pusing2 dalam Russian Market tu jumpa kedai ‘sparepart motor’ semua jenis motor ada. Terkejut kawe tengok sparepart tergantung2 serupa jual ikan di pasar. Yang banyak semua sparepart motor Honda 50 dan 70….terfikir ini peluang business yang bagus bagi pengemar motor Honda2 lama di Kelate. Sempat juga rasa ‘the best coffee in Phnom Penh’ di dalam pasar nih…pehhhh memang sedap.
Pusing-pusing di Russian Market tu jumpa pula dengan kedai2 jahit baju dan seluar. Bila ditanya kos siap jahit baju kemeja (kain pilih jenis ikut suka) USD11, kira2 dlm RM40. Murah!!! Kawepun tempah juga 5 helai, esok datang ambil. Seluar dalam USD15 (RM 50), kain jenis Cashmere…murah sangat, tempah juga 3 helai. So, lepas nih tak mustahil…datang Jumaat balik Ahad (angan2 ler tu..hehe). Tanya punya Tanya tukang jahit tu katanya….ramai ore Malaysia datang sini tempah banyak2, baju, seluar, baju melayu dan lain2 bawa balik jual di Malaysia…..baru kawe tahu.
Sempat juga kawe mengunjungi sebuah penempatan Islam di Cambodia iaitu Kampung Batu 9 yang menjalankan bisnes menjahit baju kurung malah anda boleh menempah baju kurung secara borong di sini. Mereka juga menjahit manik di baju kurung yang upahnya murah dan kualitinya juga baik…Sehelai baru USD50 (RM150), harga di KL dalam RM300-RM400. Juga katanya seminggu sekali dia hantar pakaian tu ke Kelang dan KL.
On the way balik dari Kampung Batu 9, drebar tut-tut singgah di kedai 'Bundle'. Lagi sekali terkejut tengok kedai bundle sini...satu kedai kat sini sama macam semua kedai bundle di Wakah Che Yeh. Pusing2 tengok, jumpa perbagai kasut berjenama, comey2 jauh berbanding di wakaf Che Yeh. Beli juga kasut 'Polo' (USD20) dan Salvatore Feragamo (jenama top dari Italy) (USD15)...Mintok kurang tak kasi sebab katanya kasut tu secondhand tapi tak pakai..hehe. Juga borak2 dengan tuan kedai tu katanya kat sini juga toko bundle nih juga ore Malaysia datang beli...Tapi katanya di Saigon (Ho Chi Ming) lagi banyak kedai bundle....
Pendekan cerito….5 hari di sini memang berbaloi ler. Kepada saing2 yang berminat boleh buat rombongan kalu berminat untuk berkunjung ke Phnom Penh nih. Kalu nak suruh kawe jagi tour guidepun boleh. Ada dah contact tut-tut dan kedai2 sini kalu nak mari lain kali. Ingat, kawe nak mari lagi, nak explore ke perkampungan islam ‘Kampung Cham’ dalam 5 jam naik bas dari Phnom Penh. Esok drebar tut-tut (baru jumpa petang tadi tetapi fasih berbahasa Melayu) mari ambil di hotel jam 7 pagi nak gi melawat kampung proprat di tepi sungai Mekong, juga perkampungan Islam kaum Champa…katanya ramai yang fasih berbahasa melayu. Tu yang kawe nak gi melawat. Mungkin ore2 pengkalan Cempa berasal dari kampung nih…hehehe. Nanti balik kawe upload gambar2 untuk berkongsi pengalaman..sekian. terima kasih.

Thursday, 20 September 2012

x dok tajuk

Salam saing sobat sekalian...

Sebenar nya x dok gapo hok nok tulis, tp bila tgk lamo blog ni x dok post baru..sero nok nulih sikit, tp x tau nok tulih pasal gapo. X kisah la deh...at least ada jugok post baru wpun x dok tujuan. Sibuk blakow bokali saing2 trip ni..keje tu keje jugok, tp tiang agama tu ingat jugok ( peringat ko diri sendiri sebenarnya ).

Pasal hok nok tubuh persatuan tu, kalu ada masa la..molek jugok kalu puok2 kito blh minum sekali time balik ramai2 musim raya haji ni. tp kena set time molek. X perlu la kita buat official supo majlis hari raya baru2 ni..cukup la sekadar tubik2 minum tea, ko guano? agok2 boleh ko? kalu hok x leh balik tu  x dok aroh la..nok ucap selamat hari raya pun..sero lambat lagi. Ko ada puok2 kito hok g buat haji trip ni, kalu ada pakat2 royak la etek.


Friday, 7 September 2012

Undang - undang tubuh revise

salam saing sobat semua...


Undang - undang tubuh revised : 

FASAL 4 TUJUAN/MATLAMAT

Tujuan pertubuhan ini ialah untuk:

(1) mengeratkan hubungan baik di kalangan ahli yang terjalin sejak di bangku sekolah.

(2) menjaga kebajikan ahli dan keluarga ahli 

(3) Keluarga ahli bermaksud:

a. Isteri ahli
b. Anak ahli termasuk anak angkat yg di bawah jagaan ahli secara sah
c. Ibu bapa ahli

(4) menjalankan aktiviti-aktiviti seperti perjumpaan tidak formal, jamuan dan lain-lain bagi menyokong Fasal 4 (1) di atas.

(5) Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan harta dan dana kewangan bagi faedah persatuan, ahli dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan ( A ) Falahiah.

FASAL 6 BAYARAN YURAN AHLI DAN YURAN BULANAN

(1) Bayaran masuk yang perlu dijelaskan adalah RM 10.00 (Ringgit
Malaysia: Sepuluh sahaja)

(2) Bayaran yuran tahunan yang perlu dijelaskan adalah RM 50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh sahaja).

(3) Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

FASAL 15 PENASIHAT/PENAUNG DAN AHLI KEHORMAT

(1) Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang-orang yang dilantik itu merupakan guru atau bekas guru Sekolah Menengah Kebangsaan ( A ) Falahiah dan menyatakan persetujuannya secara bertulis.

(2) Jawatankuasa juga boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Ahli Kehormat bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang-orang yang dilantik itu merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan ( A ) Falahiah dan menyatakan persetujuannya secara bertulis.

Tebas Rook Buat Jale....

Salam gu2...
lepah ngorik sakni baru beraso nok nulis dale blog..sapa pg takdi, sekolah pulok sibuk nk kemas kini fail unit sukan dgn unit hem, pahtu dok bukus soale geografi budak form 5 tgh perikso percubaan. Kelik sekoloh seput2 dgn nok gi semaye jumaat, lepah jumaat sekoloh anak buat program restu nok perikeso upsr...pkl 5.30 ptg baru buleh sengge semeta...

Kito keno terima kasih byk kpd media baru, kerana menemukan kembali puok2 kita yg bertaburan di muka bumi malaya. Media baru juga telah byk memprogreskan hasrat penubuhan persatuan kita. Kebetule kawe balik ata bare kb semale, dela singgah jupo cha, pok ya, khalid dan liad. Walaupun 5 org hok ado depe mato, tp rasa mace set2 kl, jedi, farhan ada sekali, paka gapo...zello..ko gapo. kami bice di kb, piye aje, farihi, najmi follow dale fb, seli mat ley respond dale blog...dan kawe tgk drp fb, serta pageview blog....majoriti saing sobat kita mengikuti perkembangan penubuhan persatuan kita....

Kita amat memahami setiap dari kita punya comitmen terhadap rumahtangga, keluarga, kerjaya, masyarakat, agama, bangsa dan negara. Namun media baru sekali lagi harus diberi kredit kerana melaluinya sasaran untuk mengumpul perbincangan, pandangan, serta cadangan berkenaan undang2 tubuh persatuan berjalan lancar walaupun kita berjauhan dan punya comitmen2 tersendiri. Atas pertimbangan tersebut adalah dicadangkan kita buat frame masa sasaran kerja kita seperti mana yang kami bincangkan di kb 

1. Segala perbincangan mengenai undang2 tubuh, peraturan, matlamat dan objektif, keahlian, yuran, pertikaian, logo, dan etc akn diberi tempoh 3 bulan dan mengikut apa yg SU kita tulis dateline dlm fb ialah 1 disember 2012

2. Selepas dari tarikh tersebut dikira semua ahli berpuashati dan apa2 perkara yang belum dimuktamatkan perbincangannya, maka protem yang akan membuat keputusan dan ianya dikira muktamad.

3. Selepas 15 disember 2012 hingga januari 15 januari 2013 ialah tempoh masa protem perlu mengadakan mesyuarat penaja yang mana minit mesyuarat tersebut akan dihantar kepada ROS untuk tujuan pendaftaran (DR seli kato dio nok sponsor buat mesyuarat kat hotel di palma shah alam...hehehehe siap taja penginapan ko protem 3 hari 2 malam...hurey....)

4. Mengenai teguran najmi tentang database untuk mengenal kekuatan dan kelebihan ahli, cha telah buat tu..buleh register dah...kalu rasa maklumat x secure..isi jah mana2 maklumat yang dirasakan patut..mat ley dan dr sedang usaha utk data base yang lebih secure.

5. Mengenai teguran najmi dan seli supaya keahlian lebih luas. cha kata kita buleh buat melalui keahlian kehormat

6. respon pandangan saupee belum dapat dibincangkan, fasal pembubaran wajar kita perhalusi, dan bagi kawe kawe setuju kalau kita serahkan kepada baitulmal.(rujuk komen pian dalam fb), namun kawe tertarik kepada pandangan kontra  terhadap cadangan penubuhan persatuan....kalau kawan2 ada pandangan kontra juga patut disuarakan sebanyak mungkin, Kita buat semua pertimbangan dan kalau pada masa tersebut setelah kita teliti dengan sewaras-warasnya, kita dapati persatuan berdaftar adalah tidak praktikal dengan keperluan dan kehendak saing sobat semua, KITA TIDAK AKAN BUAT. pada kawe kalau persatuan akan menyebabkan mudarat kepada persahabatan yang telah sekian lama kita bina, kawe orang pertama yang akan menjadi penghalang kepada penubuhan persatuan tersebut. Nilai persahabatan kita semua adalah segala2nya tiada tukar ganti dengan benda lain. Oleh yang demikian, jika ada terbuku dihati sahabat sudut pandangan kontra, dan sahabat tidak tergamak suarakan kerana nampak seolah ramai yang i follow, kawe sokong....kemukakan, saya meraikan segala pandangan sahabat...Namun setakat ini saya penuh yakin dan percaya persatuan yang ingin kita bina ini bertujuan merapatkan kembali silaturrahim ke arah yang lebih bermakna

7. Mengenai rujukan-rujukan persatuan alumni yang telah berjaya yang disarankan oleh dr seli, male kemarin kita sempat melihat bagaimana alumni sek. sains muar johor (www.samura.org.my). alangkah beruntung dan bertuah kalau kita semua berjaya sampai ke tahap tersebut. Sebagai langkah pertama kita ambil klausa matlamat alumni samura dan kita letakkan dalam matlamat persatuan kita Lebih kure bunyinya gini.."(5) Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan harta dan dana kewangan bagi faedah persatuan, ahli dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan ( A ) Falahiah. 
Sila bincangkan klausa ini dengan kupasan tersurat dan tersirat.

8. Mengenai yuran ahli, kita bincangkan male kemarin pendaftaran rm10 dan yuran tahunan rm50....masih terbuka kepada perbahasan dan perbincangan

Akhir sekali kalu ada tertinggal atau terkurang cha, pok ya dan laid sila perbetulkan maklumat kawe beri di atas dan semo sekali saing sobat, kalu sepanjang kawe diberi peluang menjadi admin banyak tulisan kawe hok tok berkenan dihati saing sobat royatlah deh...KAWE sangat menghargai nilai sebuah persahabatan dari selain dari itu...Hok kito dok buat start lepah rayo sapa loni kijoaenyo dok Nebah ROOK Buat Jale....pahni de jale luah, mudoh ore nok lalu lale.....sekian

Wednesday, 5 September 2012

PENDAFTARAN AHLI - AHLI SMKAF 87 - 93

Salam...

sambil dok on9 mlm ni, try la dok main benda alah ni...google doc...pah try la buat benda ni...acu pakat try isi borang ni..borang ahli...kalu x comel maaf la..kawe dok berapa reti menatang ni.... pah tu kalu nk tgk list ore2 hok isi doh, klik sini ahli yg telah berdaftar.. 

Bos ley tu...bakpo no tel x tubik kosong ( 0 ) depan....adesss... darak sungguh aku ni... gomo la dulu hok mana bulih...
salam saing sobat semua..

tgk ko result & cara main bola semlm, supo berat jah nak smpi bukit jalil pulok thn ni, tp x po la harap2 bulih..ko puok2 player ni sero STAR doh blakow...tkt jadi starbong jah lepas ni. cuma ambo harap puok2 ni x lupa asal usul masing2...kito dulu x dok gapo satu pung....tp jgn sesekali kita lupa asal usul kito...lagu mana puok2 kito dulu seblm bergelar SOMEBODY dulu g training naik motor jah blakow....loni sore2 bawak keto besor2 g stadium.

Atas dasar kasih syg ko TRW, ambo harap2 la puok2 kito jgn la dok agah, sero bijok dr ore lain sbb ada ore hok lg bijok dr kito. kembalikan semangat kesukanan yg tinggi, semangat kasih syg ko TRW. Kawe g stadium beli tiket weii, minyok keto pah tu minum air habis bola..x mintok sepuluh sen pun ngan puok2 demo, tp ambo g sbb ambo suka, ambo syg, hujan ko dok ko...smpi jugo d stadium kecuali ada keje x leh nok elok terlajok..

Apa pun... semoga TRW berjaya....GKG

*** Moral of the stoy is... x dok moral pung...hahahahaha.... jgn la kita lupa siapa diri kita, sejarah dan masa lampau yg mendewasakan kita...

Tuesday, 4 September 2012

Salam...

sambil dok tunggu nok tgk TRW ajar Kedah cara2 main bola mlm ni..di sini kawe listkan senarai PROTEM ( Jawatankuasa Penaja ) persatuan kito. Nama2 berikut telah dicadangkan :


YDP:Razani Ghazali
TYDP:Hafiz Assad Zakaria
NYDP1:Rusli Yaakob
NYDP2:Mohd Rathi
SU:Opt Prime
Bendahari:Kamarul Shahrin

AJK2 :
1.Jabir Pitih;
2.Azam Che Ahmad;
3.Rozaidie Yaacob;
4.Wan Hussain Che'wae;
5.Nik Azizan Al Farisi;
6.Zack Ylj;
7.Riduan Bin Mamat;
8.Mohd Rozman Othman;
9.Adnan Robert
10.Mohd Azlan Ghazali

Kalu ada sesiapa yg merasa nok dok dlm comitte ni... royak la...kawe masuk terus dlm list ni. Hok molek nya ganti SU tu ngan ore lain ...... wkwkwkwkkw.

Monday, 3 September 2012

Rakan2 Author Blog

Salam,

Blog ni kalu nok ikut ade 4-5 ore author. kawe dok tunggu tulisan2, nukilan2, idea2 dr Hj Razani, Hafis Asad, Dr.Rusli.....psl apo? psl sek2 ni ore bijok pandai....ideo2 byk, bernas, ideo comey. ambo nok komen2 psl persatuan tk brp panda..maklumlah ambo jarey involve bab2 tu....kalu kt surau taman ambo tu, orey lain hok dok g regista, etc. kawe ckup2 korum jah....paper work semo ore lain hok buat...

Jadi, ambo mintok, Hj Razani, Hapis Asad and Rusli buat sorey satu posting ....tk kesoh lah psl nok pero kambing ko, projek tanam lado ko, projek wat hiway ko, janji ado new posting dr 3 ore tu....kawe percayo, Seli, Jani, Apis buleh buat....Jani skalo kuat dok wat karangan ko dale bus time skolah dulu....pah loni dok wat karangan kt skolah amad mahir tu..jd panjey kan sket karangan tu kt blog ni.....ayat stended ore kelo Karangan...ayat nakal sket : suka mengara....deh....derah lah deh.....kalu dok blog ni jd sepi..sunyi....cuba meriahkan kan sket...kalu tok sey crito psl persatuan, crito psl pok dir dgn mok dir pun buleh Jani......deh....gitu lah sdikit sbanyok dr ambo....

2-3 hari lepah dok kallot dgn kenduri adik ipar kt dungun..pahtu pakatnyo ajok ko ipar duai kelik kelate..pah kelik lah ambo dr dungun ke pasir mas....srabut benar jale setiu tu...jaley kecik, keto byk....tk sedakk lah weh bwk keto.....pahtu pg ahad bwk puok2 tu g jemerey Mundok....nyo pakat beli lah...dgn bekar air batu, toto, batal, penuh lah ketoo wat kelik ko KL...tok dey nok hello ko tok ngulu psl 3pm ahad tu tolok kelik doh KL....penat gak ambo...mujur ambo fit lg..hehehe...nilah kelate...semo ore suko....tp ado gok ore tk suko...sapo tu? sila google untuk keterangan lebih lanjut...hahahhaa....peace yoooo....
Salam Merdeka...

terlebih dahulu ambo mintak maaf adik kakok, sibuk sgt2 seminggu dua ni.. berkenaan dgn persatuan hok kita nok buat ni..ambo ada draf sikit undang2 tubuh persatuan kita..pakat2 tlg betul la blakow..draf tu blh la pakat download di sini undang2 tubuh x falahians

Thursday, 30 August 2012

Salam merdeka dan penerusan momentum kita........

Selamat menyambut hari merdeka buat kesekian kalinya....

Menyedari kesuntukan masa yang dihadapi oleh sahabat2....saya mengambil inisiatif kali ini untuk membincangkan tentang hasrat kita merialisasikan penubuhan persatuan kita bekas pelajar falahian batch 87-93...semua kita maklum bahawa perbincangan di trw station telah bersetuju menubuhkan protem bagi menyempurnakan maksud tersebut ( rujuk komen2 yang terdapat dalam facebook group falahiah 87-93.)

Untuk itu, kita perlu meneruskan perbincangan bagi merangka undang2 tubuh persatuan, meletakan nama, logo persatuan dan membuat mesyuarat protem yang perlu dihantar ke ROS.

Bagi maksud tersebut, kawe telah melihat rangka contoh undang tubuh melalui carian google, pada peringkat ini kawe mengharapkan penglibatan Hafiz Assad, Dr rosli, dan kawan2 lawyer kita bersama dengan protem mengambil peranan supaya momentem hasrat penubuhan persatuan kita tidak hanya menjadi idea perbualan tanpa progress...kita memahami ruang masa yang terbatas, namun seperti mana saranan Dr Rosli, biar perlahan asalkan ianya sentiasa berjalan...oleh itu sekali lagi medium blog yang telah berjaya diurussempurna oleh mat ley dapat kita guna sepenuhnya, sudi2lah melawat blog ini dan menyertai perbincangan ke arah matlamat tersebut...kita boleh adakan mesyuarat di sini sekiranya perlu walaupun berada di rumah masing2 melalui chat. HArap hj Razani dan Hafiz Assad menerima invite dr mat ley dlm email untuk jadi admin

Ok, kawe berhenti di sini dulu...nanti kawe akan uploadkan contoh undang2 tubuh persatuan sebagai mana yang disyaratkan dalam ROS..kemudian kita semua bagi feedback supaya undang2 tubuh tersebut sesuai dengan hasrat dan keperluan puok2 kito...

Wednesday, 29 August 2012

Sufyan Banin bin Anuar bin Hasan keluar wad di hrpz

Anak ke-2 sahabat kita yg terlibat dengan kemalangan pada malam hari raya dijangka akan keluar wad di hprz, kota baharu...Sufyan Banin sedang menunggu ketibaan Khairul Fahmi Che Mat (Apek), penjaga gol no 1 kebangsaan dan  kelate kito, yang dijangka tiba sebentar lagi...

Sufyan mendapat  kunjungan istimewa dari Apek kerana terlalu meminati Apek......selepas keluar wad di hospital hprz kota baharu, Sufyan akan kembali menyambung rawatan di hospital Putrajaya...dan kawe di beritahu oleh Anuar bahawa Sufyan perlukan sebuah kerusi roda untuk memudahkan pergerakan .....

sebagai tanda perihatin puok2 kita...apa kata kita pakat sumbang sedikit wang kepada sahabat kita Anuar bin Hassan untuk membiyayai pembelian sebuah kerusi roda yang berharga rm800 ( denan robot royat)

sumbahgan boleh dimasuk ke acc 14400077385528 bank cimb (Aqmar bin Shafei)...ibu Sufyan, merangkap adik  APih Ube....beres....

Tuesday, 28 August 2012

Salam...tq admin mat ley kito sbb lantik ambo jadi contributors dlm blog puok2 kito ni..ambo nya lorat sikit pagi ni..jadi minta maap byk la adik kakok sekalian, x leh nk update lg hasil/rumusan perbincangan x rasmi semlm bertmpt d TRW Cafe..insyaAllah nanti mlm ni kawe update hasil perbincangan semlm atau hafiz assad/ hj jani blh update jugok..

panduan pendaftaran pertubuhan

panduan pendaftaran pertubuhan

sila klik link di atas.....

Monday, 27 August 2012

Majlis Reunion Aidilfiri 2012 XFalahiah 1987-1993























respond

Sebelum kawe sambung.....kawe nk respond kpd pertanyaan mat ley......ok Ley.....gapo dio objektif utama kito hok kito dok bice selama ini.....(rujuk kepada posting pertama demo dale blog ni).....nombor wahid kita dok bice selama ini ialah mengumpul dana bagi tujuan menolong, mengambil tahu, membantu, perihatin, empaty, simpati dan apa jua perkatae dan kefahaman yg menjurus kepada maksud sewaktu denganya kepada sahabat2 kita yang mungkin perlukan pertolongan dari sahabat yang lebih bernasib baik.....jadi sudah barang pasti duit yang berjaya kita kumpulkan itu semestinya dan sewajibnya kita belanjakan dia ke arah tersebut...ke arah membantu sesiapa sahaja dikalangan kita yang dilanda musibah, meringankan beban yang tidak bernasib baik dsb....jadi apa jua kaedah sama ada kutipan dana, pungutan zakat, atau orentasi busines dikalangan puok2 kita...atau apa sahaja timbunan pengalaman yang ada dikalangan puok2 kita, kita kemukakan dan bincangkan..

Atah permintaan mat ley...kawe cerito perabih dulu pasal Tabung Ukuwah hok anok2 Kelate buat di Gerik....gini...tabung puok kawe di gerik ada organisasi yang simple serupo hok puok kito ado dah 
lo ni...ada tok ngulu, ada setiausaha dan bendahari. Tok ngulu puok kawe sini salah seorang imam Masjid Jamek Gerik.....setiausaha cikgu, bendahari ustaz...puok kawe x dok pertubuhan berdaftar jugak....akaun bank pun atah nama personal  bendahari tu jah...cuma dia kemukakan bank statment bersama buku catatan keluar masuk duit...dan setiap pengeluaran dan masuk duit di bank mesti dengan pengetahuan tok ngulu@ setiausaha.....moleknyo paka acc maybank atau cimb dan pasword maybank2u ada dengan setiausaha, bendahari dan tok ngulu...tac utk maybank2u akan sapa ke talipong tok ngulu.....buke talipong bendahari...dan bank statment dibentangkan kepada ajk sekure2 setiap 6 bule...

Tujuan posting ini hanyalah sekadar berkongsi pengalaman ringkas kawe.....mungkin ianya langsung tidak 
sesuai untuk kita praktikkan dikalangan kita, sebagaimana tajuk posting ini, kawe nk bagi respon terhadap 
kemuskilan mat ley.... persoale pokok idea yang hendak diolah kepada puok kito, kawe belum sentuh lagi ni..,kawe pun tertanya2 wajarkah kawe kawe teruskan atau kawe relex dulu tunggu respond saing2 dulu.... cumo kawe dok pikir sorenyo, pinjaman kecemasan hok serupo kawe buat di gerik memang x sesuai dengan puok kito...susah pengurusan....kalu kutipan yuran, bayaran zakat atau sapo2 hok ado pitih lebih nak sedekoh ko tabung puok2 kito....mungkin kito buleh start segera.....ko puok demo nok suruh kawe cerito 
perabih dulu baru nak bagi respon.....acu bekecek etek teh hok lain2 tuh.....ko guano...mitok pandangan tok ngulu, ajam, mat yen, rathi, pok ya, abe kasim, jasmani, cha, cho, jedi, dene, mat jaid, kime, jazme, puje, 
seli, mat amin, mz...eeeehhhh semolah puok kito

INGATLAH...Indah pandangan sepohon pokok buke terletak pada batangnya yang tegap, atau daunnya yang merimbun...atau rantingnya yang bercabang2... TEGAPNYA pokok tersebut kerana akarnya yang mencengkam kukuh didasar tanah......dan jangan lupa rumput-rumput kecil di bawah rimbunan pokok 
tersebut SEBAGAI PELENGKAP SEDAP MATA MEMANDANG.......renung-renungkanlah......

Sunday, 26 August 2012

hubung berhubung di talian atau diemel

ni senarai no telepon hok male tu..sapo2 ado hok lain silo tamboh...just bukok excel tu, add and re-publish. excel ni ado password protected. nok bukok silo masukkan namo blog kito ni (password doh tu).

sila click link ni , copy and paste to browser....hok mano tk leh access, silo oyak...kawe share kt google doc psl blog tk leh upload file kecuali picture....so silo cuba deh...kalu tokleh gok, kawe emel ko Cha, pahtu Cha tulun masuk dale fesbook .....

link tu cumo buleh dibukok hok sapo2 ado gmail. hok paka yahoo, tk leh bukok. pahtu guano ekk? Cha, mu tera donlod and attach kt fesbook lah kot....

https://docs.google.com/open?id=0B1zC49JAWQI-TjYyQ0RxaFFaZVU

wassalam

Alhamdulillah.......

salam buat sahabat yg dirahmati....
shukur kpd Allah..kawe baru selamat tiba di gerik..bertolak dr tnh merah pkl 11mlm takdi, sapa di gerik pkl 1pg sakni....perkara hok mulo2 kawe buat, naik atah rumoh buka wifi..pastu buko blog puok2 kita...kawe rasa sene ati bilo tgk perubahan wajah blog...tq byk ko mat ley kito tu...dan paling happy bila tgk dah ada saing bagi komen dsb..satu pkmbgn yg sangat positif...pete takdi  sblm kawe btolak mari gerik sempat kawe gi rayo rmh tok ngulu hj jani...besa weh rmh tok ngulu kito...lepah tu kawe tgk design rmh dio mmg serupo rumoh2 tok ngulu jame ritu...mmg tepat dah kita lantik dio jd tok ngulu.
     Maso jupo hj jani takdi kawe adalah royat serba sedikit idea kawe dan kawe pun diberi gambaran ttg hasil  perbincangan mlm jumaat baru ni di hayaki. Idea koperasi kalu ikut tuan loya kasim kita berdasarkan pengalaman dio agak rumit. So disini kawe ingin kongsikan satu benda yang telah kawe buat bersama anak2 kelate di Gerik. Ok mungkin x semua yg kami buat ni bersesuaian dgn puok2 kita..tidak ada masalah..mana yang kita rasa sesuai kita guna..
     Kawe di Gerik ada buat satu tabung kebajikan untuk anak2 kelate di Gerik, tabung tu nama dia Tabung Ukuwah Anak-anak Kelate. Setiap anak kelate hok baru sapa di gerik x kira kijo kerajaan atau swasta, bila diperkenalkan kpd pihak Tabung akan disyorkan bayar yuran sebanyak rm50 setahun. Kemudahan utama yang Tabung tawarkan ialah pinjaman kecemasan sebanyak rm1000, dengan tempoh bayaran balik x lebih dari 4 bulan dan jumlah bayaran balik ialah rm1050. Kami bermula dengan duit permulaan sebanyak rm2500 dan setelah Tabung Ukuwah beroperasi selama 6 tahun...secara sedar x sedar sekarang kami dah ada wang terkumpul lebih dari rm20k. Selain dari yuran ahli dan pinjaman kecemasan. kami akan mewar2kan apa jua barangan dan perkhidmatan yang kami boleh perolehi dikalangan ahli. Setiap deal dan urusniaga yang melibatkan sesama ahli tabung atau ahli tabung  memperkenalkan member dia untuk beli barang yang ditawarkan oleh ahli tabung..sedikit comisyen atau keuntungan daripada urusniaga tersebut  kita masukkan ke dalam tabung. Contoh, dulu kami ada arwah Daud nama dia. dia ni kalu puok2 kawe nk beli kereta second hand atau kereta baru..arwah Daud lah yang akan cari..jadi comisyen atah sebutir kereta tu biasanya rm400-500, jadi separuh dari komisyen tu kami msklah dale tabung...
     Jadi untuk puok2 kita kawe rasa idea ni kita buleh start praktik...sebab tu senarai contact beserta dengan pekerjaan gapo setiap puok2 kita kita kena tahu...baik kerja sendiri, kijo kerajaan@ kija swasta. kita senaraikan belako..dan kawe rasa puok2 kita punya rangkaian yang jauh lebih besar, kita ada kontraktor, lawyer, ketua jabatan, cikgu, doktor, ustaz, peniaga, akauntan, engeniar..dan mcm lah lagi....bayangkan kalau kita maanfaatkan sambungan ukuwah kita dengan memanfaatkan kelebihan2 yang kita ada ini dan sedikit keuntungan kita masukkan ke dlm tabung...dah pkl 4pagi ni...bini dok mmangil dale bilik...bereh gu esok kawe sambung lagi...x abih lagi tu...kalu ado no komen silakan dulu...esk ambo sambung pulop..baru intro baru tu....wasallam
Our heroes ....

 Class 3A

Class 3B

Class 3C

Class 3D




Thursday, 23 August 2012

terima kasih.......

mulo2skali ambo nok ucap terima kasih ko mat ley kerana sudi invite ambo sbg admin blog puok2 kito ni....2. terima kasih ko ssemo hok dok bersusoh payoh berusaha nok suruh persahabatan yang terjalin semasa dibangku sekoloh dulu terpelihara sehingga ke akhir hayat....idea yang besar tidak semestinya menghasilkan impak yang besar kalau tidak ada sokongan dr semua sahabat...kadang2 idea kecil buleh jadi impak yg besar bila mano ianya dijayakan dengan penuh keikhlasan dari semua ahli kumpulan.....kawe pun x nampak lagi yang mana patut kita semua bermula...koperasi..persatuan atau ngo....mungkin kita hanya bermula dengan organisasi yg telah sedia ada ini sahaja.....apa yang boleh kita sumbangkan ialah menggunakan semaksima mungkin kelebihan2 yang ada dikalangan sahabat kita.... lagu mano? mudah jah......kawe akan cuba detailkan lagi dalam pojsting kawe selepas ni......cumo harap2.....sahabat war2kan kewujudan blog ini kepada semua saing2 kita ....moga blog ini akan benar2 menjadi medium utama untuk puok2 kita lakukan amal kebajikan, dan membina persahabatan yng lebih bermakna.....terima kasih...

Persatuan? Kooperasi? NGO? Badan Bertindak?....

Asslamualaikum sahobat2....

Tajuk tu kiro mace persoalan hok ambo nok bui, buleh sek2 kito bince kemah, bui idea2 baru. Baru jah ambo kelik dr TT Session (teh tarik session) dan antaro hok kelapangan, ado md jani, Cha, Chor,PokYa,Stopa Alauddin (ngelah jupo lps SPM wehhh), Apih Md Adham, Kossim, dan Ajey. Raso tkdok doh hok tinggal, mugo umor kito pun dh nk dkt 40-an...ingatan pun cepat hiley :).

Td sempat lah kito bince psl agenda penubuhan koperasi tu, sohabat kito Kossim ado share experience dio setup koop untk geng2 Golfer, kalu ikot tu banyok jugok bendo2 remeh-temeh, byk jugok krejo hok nok kena manage and menten. Pahtu jadik ko dok ni nok tubuh Koop DarulFalah?? ko nok kena buat Persatuan? ko nok kena buat mugo lain? srupo payoh, srupo banyok ko? nilah tpt untuk kito discuss, brain-storming, etc. Jadi tk po, mari kito share pengalaman2 dr saie sohabat kito yang pernah involve dale setup Koop atau Persatuan atau lain2.

Jadi ambo mintok benar lah pengalaman2 dr sohabat2 mace Kossim, KaNuar, Ajey dan lain2 untuk kita list out kalu buleh Pro and Cons / kebaikan dan keburukan hok kita kena prepare sekironya kita tubuhkan KOOP ataupun Persatuan atau nok buat bendo lain.

Pah bakpo dok nyebok sgt gak bince bende tu? Mari ambo nok royak deh...matlamat kito sebenar-benarnya kita nk buat satu saluran untuk membantu rakan2 kito, saie sohabat kito hok mano ditimpa kesusahan/musibah. Jadi saluran ni akan menjadi Channel utama untuk kito bui bantuan dr segi duit ko, khidmat nasihat ko, rujukan ko atau lain2. Orey oyak baik start dgn kecik2 mace tubuhkan persatuan, pahtu amik pulok insurans berkelompok untuk ahli2 persatuan kito tu....jd hok mano ado musibah tu, buleh lah kito claim dgn puok insurans. hok tu hok ambo dgr2....jd Apih keno crito panje lebar psl dio keje Insurans. Bukey Apih Ube...apih ubey cikgu...ngajar grik nuh.......Cikgu suka main bola, hari2 cikgu main bola....cikgu suka main bola, hari2 cikgu main bola....cikgu suka tido,hari2 cikgu tido, cikgu sudah tido, mari kita main bola...

wassalam....

Wednesday, 22 August 2012

Salam Pengenalan .....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ....

Alhamdulillah, syukor kehadrat ilahi diatas nikmat dan kurniaanNYA dan dengan usaha gigih sahabat2 kita seperti Md Jani, Cha, Pok Ya, Rathi , Mat Yen dan sahabat2 yang lain, re-union kali kedua batch 1987-1993 berjaya di adakan di SMKAF dihari raya ketiga @ 21 Aug 2012. Syukran Jazilan kepada team pengelola. Once again, BIG THANK YOU and CONGRATS to team pengelola. 

Seperti yg kita sedia maklum, batch kito ni dah ado facebook tp fhm2 sendirilah kdg2 info terlalu banyok dimuatkan difacebook, which sometimes susah nk filter and focus especially psl berito2 sahabat2 kita. Jadik, sebulat suara seperti kita setuju , blog ini dicreate dan dibina atas dasar untuk menjadi saluran primer ataupun Primary Channel untuk sahabat2 berkongsi maklumat, berkogsi idea, berkongsi berita dan sebagainya tanpa perlu menapis atau filter2 dgn maklumat2 yg lain. 

Blog ni khusus untuk batch kito share informasi-informasi yg mana mungkin bg manafaat untuk kita semua. Kalu ado hok sakit demam, ado yg ditimpa musibah, ado berito gembiro, ado berito sedih, ado idea2 diluar kotak pemikiran, atau sajo2 nk kongsi ilmu2 dunio atau ilmu akhirat, amatlah diharapkan dan dialu-alukan. Jadi, ambo diwakilkan untuk create blog ni dan ambo akan cuba sedaya upayo untuk mengemaskini atau maintain blog ni agar berita2 yg dipaparkan tepat dan terkini. Kita jugok akan assign beberapo orang lagi sahabat2 kito sbg Admin yg mano mereka jugok dapat jugok update blog ni as and when ado info2 terkini.

Rasonya stakat itu dulu, kata2 pengenalan dari ambo a.k.a MatLey. InsyaAllah kito pakat2 berdoa agar hubungan ukhwah sesama kito kekal terjalin sampai akhir hayat. Sekiro ado tersalah bahaso, terkasar bicara, ambo mohon ampun dan maaf. Sebarang cadangan, komentar atau idea2 untuk memperindahkan blog ini amat dialu-alukan. Sila email kepada ambo atau masukkan dalam ruangan Komen.

Yang baik itu datang dari Allah Tuhan Seluruh Alam, dan segalo kekurangan dan kelemahan, adalah dr diri ambo sendiri. wassalam

ambo@MatLey