Friday, 7 September 2012

Undang - undang tubuh revise

salam saing sobat semua...


Undang - undang tubuh revised : 

FASAL 4 TUJUAN/MATLAMAT

Tujuan pertubuhan ini ialah untuk:

(1) mengeratkan hubungan baik di kalangan ahli yang terjalin sejak di bangku sekolah.

(2) menjaga kebajikan ahli dan keluarga ahli 

(3) Keluarga ahli bermaksud:

a. Isteri ahli
b. Anak ahli termasuk anak angkat yg di bawah jagaan ahli secara sah
c. Ibu bapa ahli

(4) menjalankan aktiviti-aktiviti seperti perjumpaan tidak formal, jamuan dan lain-lain bagi menyokong Fasal 4 (1) di atas.

(5) Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan harta dan dana kewangan bagi faedah persatuan, ahli dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan ( A ) Falahiah.

FASAL 6 BAYARAN YURAN AHLI DAN YURAN BULANAN

(1) Bayaran masuk yang perlu dijelaskan adalah RM 10.00 (Ringgit
Malaysia: Sepuluh sahaja)

(2) Bayaran yuran tahunan yang perlu dijelaskan adalah RM 50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh sahaja).

(3) Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

FASAL 15 PENASIHAT/PENAUNG DAN AHLI KEHORMAT

(1) Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang-orang yang dilantik itu merupakan guru atau bekas guru Sekolah Menengah Kebangsaan ( A ) Falahiah dan menyatakan persetujuannya secara bertulis.

(2) Jawatankuasa juga boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Ahli Kehormat bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang-orang yang dilantik itu merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan ( A ) Falahiah dan menyatakan persetujuannya secara bertulis.

2 comments:

  1. salam,
    maaf, buzy benar sari duo ni..tk smpt2 nk tukar template mace Apih oyak tu....esk-jumaat ado krejo pulok kt cherating....nnt kawe usya2 Pih template hok demo oyak tu.....

    ReplyDelete
  2. Salam...kawe pun nyo mari musim berambat dgn masa...byk urusan nk kena seatle....kpd cha, mitak maaf byk2 sbb x berkesempatan nk update respon dle blog dan fb, kawe minggu ni balik kelate selang sehari tp x dan nok calling dan jupo saing....

    Kpd mat ley...bereh, benda tu x mendesak...sbb apa yg demo buat loni sudah memenuhi matlamat langkah permulaan

    Kpd saing2 yg melawat blog sudi2lah isi maklumat dekat posting pendaftaran ahli..penting untuk tujuan pengesanan dan pengumpulan semua ahli kita.....setakat ni baru 20 orang yg telah mendaftar....

    Kawe ada jumpa lokman hari selasa, ada perbincangan ttg group x kolej islam...lokman penting utk lead group e student kik...

    ReplyDelete