PERTAMA kali jejak kaki di bumi Kemboja, ingin juga nak kongsi pengalaman dengan kawan-kawan. Datang menghadiri conferen tujuan utama, lepas tu berjalan-jalan ler pulok. Lima hari di sini. Hari ni dah masuk hari ke empat di sini, esok petang terbang pulang.
Hari Pertama, Selepas Konferen, cepat2 ambil tut-tut (motor) merayau2 di Bandar Phnom Penh….Naik tut-tut kecut perut pun ada…seronok pun ada. Memang saja naik tut-tut sebab nak rasa cilok-mencilok driver di jalanraya yang penuh motosikal tapi tak banyok lampu isyarat…Hebat sungguh drebar sini berbanding naik tut-tut di Bandung dan Chiang Mai..Tambang? haha semua dalam US Dollar....Tempat tujuan utama adalah Centre Market dan Russian Market. Dua2 tempat ni menjadi lokasi wajib bagi pemborong dan pelancong dari Malaysia untuk berborong khususnya pakaian dan kain. Pelbagai produk kain baju semua ada. yang boleh anda cari dengan harga borong, antaranya ‘Outdoor Gears’ beg rekreasi luar berjenama ‘deuter’ dan ‘the northface’ memang murah Cuma kualitinya tak sama dengan keluaran original dari Europe. Tak lepas peluang kawe pun beli juga dua.
Hok paling menarik pusing2 dalam Russian Market tu jumpa kedai ‘sparepart motor’ semua jenis motor ada. Terkejut kawe tengok sparepart tergantung2 serupa jual ikan di pasar. Yang banyak semua sparepart motor Honda 50 dan 70….terfikir ini peluang business yang bagus bagi pengemar motor Honda2 lama di Kelate. Sempat juga rasa ‘the best coffee in Phnom Penh’ di dalam pasar nih…pehhhh memang sedap.
Pusing-pusing di Russian Market tu jumpa pula dengan kedai2 jahit baju dan seluar. Bila ditanya kos siap jahit baju kemeja (kain pilih jenis ikut suka) USD11, kira2 dlm RM40. Murah!!! Kawepun tempah juga 5 helai, esok datang ambil. Seluar dalam USD15 (RM 50), kain jenis Cashmere…murah sangat, tempah juga 3 helai. So, lepas nih tak mustahil…datang Jumaat balik Ahad (angan2 ler tu..hehe). Tanya punya Tanya tukang jahit tu katanya….ramai ore Malaysia datang sini tempah banyak2, baju, seluar, baju melayu dan lain2 bawa balik jual di Malaysia…..baru kawe tahu.
Sempat juga kawe mengunjungi sebuah penempatan Islam di Cambodia iaitu Kampung Batu 9 yang menjalankan bisnes menjahit baju kurung malah anda boleh menempah baju kurung secara borong di sini. Mereka juga menjahit manik di baju kurung yang upahnya murah dan kualitinya juga baik…Sehelai baru USD50 (RM150), harga di KL dalam RM300-RM400. Juga katanya seminggu sekali dia hantar pakaian tu ke Kelang dan KL.
On the way balik dari Kampung Batu 9, drebar tut-tut singgah di kedai 'Bundle'. Lagi sekali terkejut tengok kedai bundle sini...satu kedai kat sini sama macam semua kedai bundle di Wakah Che Yeh. Pusing2 tengok, jumpa perbagai kasut berjenama, comey2 jauh berbanding di wakaf Che Yeh. Beli juga kasut 'Polo' (USD20) dan Salvatore Feragamo (jenama top dari Italy) (USD15)...Mintok kurang tak kasi sebab katanya kasut tu secondhand tapi tak pakai..hehe. Juga borak2 dengan tuan kedai tu katanya kat sini juga toko bundle nih juga ore Malaysia datang beli...Tapi katanya di Saigon (Ho Chi Ming) lagi banyak kedai bundle....
Pendekan cerito….5 hari di sini memang berbaloi ler. Kepada saing2 yang berminat boleh buat rombongan kalu berminat untuk berkunjung ke Phnom Penh nih. Kalu nak suruh kawe jagi tour guidepun boleh. Ada dah contact tut-tut dan kedai2 sini kalu nak mari lain kali. Ingat, kawe nak mari lagi, nak explore ke perkampungan islam ‘Kampung Cham’ dalam 5 jam naik bas dari Phnom Penh. Esok drebar tut-tut (baru jumpa petang tadi tetapi fasih berbahasa Melayu) mari ambil di hotel jam 7 pagi nak gi melawat kampung proprat di tepi sungai Mekong, juga perkampungan Islam kaum Champa…katanya ramai yang fasih berbahasa melayu. Tu yang kawe nak gi melawat. Mungkin ore2 pengkalan Cempa berasal dari kampung nih…hehehe. Nanti balik kawe upload gambar2 untuk berkongsi pengalaman..sekian. terima kasih.
salam
ReplyDeletelie....selain pakaian dan kasut, barangan gapo hok demo raso agok murah dan berbaloi utk kita bwk balik nego sini....cth brg tu kita beli pukal kat sana tapi kita buleh jual satu2 dengan harga retail